Bekalan resipi PKP 3.0
Antara manfaat gunakan periuk ceramic cam ni, rasa lagi sodap sebab penyebaran haba dia begitu sekata dan kekal walaupun dah ditutup api….ni dah atas meja (diletak lapik), tapi kuahnya masih membuak-buak...
Nilah antara resipi yang dikongsikan secara langsung di #SeleraAbangBrian @ezmall.tv ... nantikan lebih lagi resipi sodap dan tawaran semasa siaran sahaja seperti periuk ceramic ni setiap hari pada kul 6pm
Stew Kimchi Daging
* 1 sudu besar minyak bijan
* 300g daging, dihiris kasar
* 2 cawan kimchi, dihiris kasar
* 1/2 bawang holland, dihiris kasar
* 2 ulas bawang putih, dicincang
* 3 cawan air
* 1 tube tofu telur, dihiris tebal
* daun bawang dihiris kasar
Perasa
* 1 sudu besar gochujang
* 1 sudu besar gochugaru
* 1 sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar sos ikan
1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih dengan minyak bijian sehingga bau naik.
2. Masukkan bahan perasa dan daging dan gaul mesra.
3. Masukkan air dan 1 cawan kimchi dan renehkan sehingga daging lembut.
4. Masaukkan baki 1 cawan kimchi, tofu telur dan daun bawang. Renehkan seketika lagi. Perasakan dengan garam dan guka secukup rasa.
#kimchistew #kimchi #halal #resepihalal #resepi #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resepimudah #resipikorea #gochujang #gochugaru #beefrecipes